Lisan Sharifah Khasif




By Sharifah Khasif Syed Mohd

Temanku sekalian, 
ketahuilah, 
sesungguhnya dunia ini 
bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. 
Bila engkau ingin selamat, 
agar jangan karam, 
layarilah lautan itu dengan 
SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN
dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Temanku, 
bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. 
Perhatikanlah kata nasihatnya 
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini 
mendengarkan nasihatnya, 
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah 
dari mutiara kata katanya bagaikan 

tanah yang subur lalu disirami air hujan...


In the sweetness of friendship let there be laughter, 

and sharing of pleasures..love at all times..:)

~Sharifah Khasif~3 October 2010~



Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan… Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.... 
~Sharifah khasif~ ~26 September 2010~


"Persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan.

Karena dalam titik-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan..."
 

~Sharifah khasif~ ~21 September 2010~




"The best thing about me is you..."
~Sharifah khasif~ ~20 september 2010~




"...gembirakanlah hati ibu dan bapa kite selagi mana mereka masih ada .berilah ketenagan buat mereka selagi mereka masih ada..salam mesra penuh kasih saya dariku .teman mayapada .."
~Sharifah khasif...~ ~13 September 2010~




"Temanku sekalian,
ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya.
Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam,
layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Temanku,
bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan..."
 

~Sharifah khasif~ ~26 August 2010~




"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.

”Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.والله اعلم
 

~Sharifah khasif~ ~23 August 2010~




"...nasihat kak pah kat team , yang mana hajat di hati nak tunaikan tu ..cepat2 lahh , kak pah bukan apa , tertinggal train boleh ambik train laen , tp kalau tercicir masa , tak dapek den nak nolongg...bukan apa, ingat mengingati ini kan meberi manfaat buat sesama insan .." wazakkir fainnazzikro tanfa'ul mukminin" .. 
~Sharifah khasif~ ~18 August 2010~




"manusia biasa yang asalnya dari tanah, tak punya apa2 , hanya terpilih dijadikan Allah untuk idup d muka bumi.pulak tu sebaik2 kejadian .namun berapa ramai yang bersyukur ..nikmat dunia hanya sementara tp tuuu la yang kiteee duk susah atii kan ..kannn." 
~Sharifah khasif~ ~13 August 2010~




"If your mind can accept that something is achievable, it will find a way to attain that thing." 
~Sharifah khasif~ ~04 August 2010~




"Bagi saya, Al-Quran cukup unik dan tiada tandingan. Kerana itulah saya akan sentiasa meletakkan Al-Quran di hadapan. Selain hati menjadi tenang dengan membacanya, rezeki kita juga akan murah. Mukjizat Al-Quran bukan setakat di dunia, tetapi menjadi menjadi peguam kita di akhirat kelak.."
~Sharifah khasif~ Majalah Harmoni - Ogos, p.31 .




"setiap saat dan waktu kudambakan diri kepada Allah walaupun dalam kegembiraan atau kesedihan... kerana hidup ini terlalu singkat sebelum kembalinya kita kepadaNya"
-sharifah khasif- ~18th July 2010~




"dalam suka ada duka , dalam senang ada kepayahan , percayalah , rahmat Allah terlalu meluas buat hamba2 Nya....
- Sharifah Khasif...-  ~13 July 2010~




"...pernah terbaca kata2 akhir Syeikh Mustapha kepada cucunya..."

"Jangan seskali mentertawakan org yg dhoif dan tak pandai mengalunkan ayat suci al quran dengan kata2 yang tidak baik ...dan merendah2 kan org dengan kepandaian yang dia ada, dan merasakan dirinya hebat , sedangkan Allah Taala sekiranya ingin memberi nikmat kepandaian ini kepada yang dhoif itu, pastinya sekelip mata boleh berubahh..."
 
- Sharifah Khasif...- ~5th July 2010~




".......kalau dulu duk tengok kat tv, sekarang dah naik pentas , tau dah rasa macam mana .kalau boleh nak ambik jantung letak kat tepi stage ..eii ..gemuruh tu memang tak leh ilang .apa pun jgn sampai mengganggu kosentrasi bacaan ..ok .teruskan perjuangan buat yg belum baca ..semoga Allah buka hijab dpt ngaji ngan baik ..amin amin"
- Sharifah Khasif...- ~2nd July 2010~





Petua untuk melepaskan diri daripada bahaya takbur:1)jika anda menemui orang jahil dan fasik, maka katakanlah(beritahu)pada diri anda sendiri iaitu:" orang itu melakukan dosa kerana dia jahil, padahal aku ada ilmu kerana hajat Allah Taala begitu tinggi terhadap diriku, tergamak melakukan dosa.Maka tidak syak lagi bahawa orang itu lebih baik(mulia) daripada aku.. 
- Sharifah Khasif...- ~27th June 2010~




Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah org yang ada kesempatan mencari ilmu di dunia, tetapi tidak mahu mencarinya , dan orang yang mengajar orang lain , orang yg diajarnya itu mendapat faedah , tetapi dia sendiri tidak .. 
- Sharifah Khasif...- ~23 June~




"....antara cabaran yang berat ialah dalam bab menjaga hati sendiri. Takut juga dengan lintasan hati yang boleh menjadi penyakit. Alhamdulillah sehingga kini saya tidak pernah merasa bangga dengan apa yang saya ada, malah dengan membaca Al-Quran dapat membersihkan segala kotoran dalam hati kita. Malah dengan membacanya membuatkan kita tenang malah rasa ketenangan, kebahagiaan terus terpancar di wajah kita."
- Sharifah Khasif...- ~ NUR keluaran Jun 2010 p.16 ~




"...Inilah saya, saya tidak mahu hipokrit, malah jangan kita pandang negatif kerana penampilan luaran, yang penting niat kita. Apa yang saya tampilkan inilah saya, saya seorang yang sangat sederhana dalam pelbagai sudut, saya juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan pendapat saya biarlah saya melawan arus jangan pula saya melawan akidah...."
- Sharifah Khasif....- ~NUR keluaran Jun 2010~

1 comments:

Unknown said...

InsyaAllah...dengan setiap bait2 ayat dari falsafah cik hajjah yg begitu puitis dan mendalam maksudnya ni dapat dijadikan panduan buat kita semua menuju ke arah kebaikan dan diredhoi Allah S.W.T...semoga cik hajjah sentiasa berada dalam rahmat Allah...

Teruskan perjuangan dalam memartabatkan ilmu Al-Quran,walau sebesar manapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah Pulau Impian...:)

Post a Comment